Tuan Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K, MY-CISEC, Pengarah JASWPL telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang di Bilik Seminar Refflesia, Ujana Kewangan W.P. Labuan.
Selain dari itu, taklimat dan bengkel SLAAS telah disampaikan oleh PK Nurul Asikin Bin Yusof @ Daud. Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar mampu menggalakkan penghayatan, pengamalan dan pembudayaan ciri-ciri mesra alam dalam persekitaran sekolah, rumah, bersama komuniti setempat, masyarakat umum dan akhirnya pada peringkat negara.