Lihat foto aktiviti-aktiviti terkini SLAAS
Majlis Perasmian 23 Julai 2025 SK DATO WAN AHMAD
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad bagi bersama-sama menjayakan Program Penghasilan 'Mudball' Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 Peringkat Negeri Perlis.
Seramai 100 orang murid dan guru pengiring yang terlibat dalam aktiviti penghasilan 'Mudball' ini terdiri daripada SK Dato' Wan Ahmad, SK Kayang, SK Padang Kota, SK Padang Besar Selatan, SK Putra, dan SK Pendidikan Khas yang masing-masing telah menyertai program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS).
Antara pengisian program adalah taklimat berkenaan penggunaan dan keberkesanan mudball serta aktiviti berkumpulan bagi penghasilan 'Mudballs' . Disamping itu turut diadakan pendaftaran untuk ahli Rakan Alam Sekitar (RAS).
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Penghasilan Mudball bagi memenuhi aktiviti Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Tahun 2025 ini. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mempromosikan kempen kesedaran alam sekitar.








Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-