Lihat foto aktiviti-aktiviti terkini SLAAS
Lawatan 17 Julai 2025 Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, WPKL
MAJLIS PELUNCURAN PROJEK KEPIMPINAN, PERUBAHAN IKLIM & TENAGA HIJAU (IKLIM) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2025
17 Julai 2025, WP Kuala Lumpur – YBrs. Pengarah JAS WP Kuala Lumpur, Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin telah dijemput ke Majlis Peluncuran Projek Kepimpinan, Perubahan Iklim & Tenaga Hijau (IKLIM) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025.
Majlis ini telah berlangsung di SMK Cochrane, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa. Kem Kepimpinan,Perubahan Iklim & Tenaga Hijau (PROJEK IKLIM) merupakan hasil ilham daripada Pertubuhan Lestari & Kebajikan Malaysia diperkenalkan pada 2024 dengan sokongan Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam. Projek yang menfokuskan kepentingan perubahan iklim ,pengetahuan mengenai meterologi serta alam sekitar ini mampu mendidik pelajar dan mengilap kepimpinan mereka.
Selain itu, JASWPKL juga memperkenalkan Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) kepada guru-guru yang turut hadir bagi menjayakan program tersebut.





Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-