KEM BIODIVERSITI SEKOLAH RENDAH BAGI MEMENUHI AKTIVITI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) TAHUN 2025 EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA DI PERLIS
Seramai 40 peserta dari sekolah rendah yang terpilih antaranya dari SK Dato' Wan Ahmad, SK Dato' Kayaman, SK Bintong, SK Santan, SK Chuping dan SK Abi. Turut serta kem ini ialah guru-guru pengiring dari setiap sekolah.
Pelbagai pengisian aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang kem ini berlangsung antaranya ialah Ceramah Sayangi Alam Sekitar dan Promosi SLAAS yang telah disampaikan oleh Encik Rosyafarid dan Puan Nadira daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis , pengenalan kepada tumbuhan (Herbarium), pengenalan kepada kaedah persampelan dan jenis serangga, night trekking dan ‘Insect Hunting’, ‘Forest Clean Up’ serta meneroka ke Gua Wang Burma.