Lihat foto aktiviti-aktiviti terkini SLAAS
Bengkel 16 April 2026 JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN
Taklimat Sistem MySLAAS & Penilaian Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS).
15-16 April 2026, WP Labuan - Jabatan Alam Sekitar WP Labuan telah mengadakan Taklimat Sistem MySLAAS & Penilaian Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) bersama dua panel luar yang telah dipilih untuk bersama-sama dalam penilaian SLAAS Kitaran ke-10 sesi 2025/2026.
Taklimat ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman panel penilai terhadap sistem baharu, menyelaras kaedah penilaian serta memastikan proses penilaian sekolah dilaksanakan secara lebih cekap, telus dan sistematik.
Melalui sesi taklimat dan perbincangan ini, diharapkan pelaksanaan penilaian SLAAS dapat berjalan lancar serta terus memperkukuh budaya kelestarian alam sekitar di institusi pendidikan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_april_2026
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-