Lihat foto aktiviti-aktiviti terkini SLAAS
Bengkel 24 Jun 2025 Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah mengadakan Bengkel Promosi dan Hands On SLAAS pada 24 Jun 2025 bertempat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis.
Bengkel ini bertujuan untuk mempromosikan SLAAS dan Pertandingan SLAAS kepada semua sekolah rendah dan menengah di Negeri Perlis. Selain itu, sesi Hands On juga dijalankan bagi guru-guru mempelajari sistem SLAAS yang terbaru dan akan digunakan bermula 2025 bagi memudahkan pelaporan dihantar untuk pertandingan.
JAS Negeri Perlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sekolah di Negeri Perlis di atas komitmen jitu dalam menjayakan program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.



Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-