Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah mengadakan Bengkel Promosi Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Sarawak pada 2 Oktober 2025 di SMK Tinggi Sarikei. Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan John anak Rampai, Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak.
Bengkel ini telah diadakan bertujuan untuk mempromosi pelaksanaan program SLAAS bagi kitaran yang ke-10 untuk sesi 2025/2026. Para guru yang mewakili Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dari Bahagian Sarikei, Sibu, Bintulu, Kapit, Betong, Mukah telah menghadiri bengkel tersebut. Mereka telah diberi pendedahan berkaitan latar belakang, kaedah pelaksanaan, penilaian program SLAAS, sistem MySLAAS. Inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh sekolah serta sesi perkongsian daripada guru penyelaras yang telah memenangi program SLAAS pada sesi yang lepas.