Lihat foto aktiviti-aktiviti terkini SLAAS
Bengkel 21 Mei 2025 Alor Setar, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sedang giat mempromosikan pelaksanaan program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sesi 2025/2026.
Sehubungan itu satu Bengkel Promosi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 akan diadakan pada bulan Julai 2025 dan September 2025.
Bengkel ini bertujuan untuk mempromosikan program SLAAS sesi 2025/2026 kepada sekolah-sekolah menengah dan rendah di seluruh Negeri Kedah disamping memberi bimbingan dalam penyediaan laporan dan pendaftaran melalui sistem yang disediakan.
Pendaftaran dan penyertaan SLAAS Sesi 2025/2026 kini dibuka bermula 22 April 2025 dan tarikh akhir menghantar laporan penyertaan adalah pada 28 Februari 2026 melalui sistem MySLAAS.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-