Lihat foto aktiviti-aktiviti terkini SLAAS
Lawatan 29 Mei 2025 PUSAT PENYELIDIKAN LANGKAWI UKM
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan JAS Cawangan Langkawi telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) UKM untuk jalinan kerjasama bagi penganjuran program Sekolah Lestari dan aktiviti kesedaran alam sekitar pada masa hadapan.
PPL UKM yang terletak di Jalan Teluk Yu, Teluk Burau berperanan menjalankan penyelidikan dan perkhidmatan akademik berkaitan pemuliharaan warisan dan pembangunan geologi, biodiversiti serta budaya setempat.
Pelbagai potensi kerjasama 2 hala telah dibincangkan dengan pengurusan PPL UKM. Turut hadir Encik Mohd Nazri bin Ramli, Timbalan Pengarah JAS Kedah, Encik Mohd Rosli bin Mohd Nor, Ketua Cawangan JAS Langkawi dan Encik Mohamad Najmi bin Mohamad Rasidi, Ketua Seksyen Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar JAS Kedah.
Turut diadakan lawatan ke galeri pameran dan makmal penyelidikan yang mengetengahkan hasil penyelidikan dari aspek Langkawi UNESCO Global Geopark.
Sekalung penghargaan kepada En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad, Pengurus PPL atas kesudian menerima kunjungan lawatan kerja ini.

Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-