Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah mengadakan Bengkel Promosi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar pada 11 Julai 2025 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Dikesempatan ini juga JAS Negeri Selangor telah menjemput Puan Nurul Fatimah binti Kilat untuk berkongsi kisah kejayaan selaku sekolah penerima anugerah SLAAS sesi 2020/2022 kepada para peserta dikalangan guru- guru pada bengkel kali ini. Semoga perkongsian beliau memberikan manfaat serta dorongan buat guru- guru lain bagi turut menyertai SLAAS pada kitaran kali ini seterusnya memenangi anugerah di peringkat negeri serta kebangsaan.