SELAMAT DATANG KE PORTAL DAN SISTEM PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR SEKOLAH LESTARI(SLAAS)

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
LAWATAN DELEGASI ASEAN WORKING GROUP ON ENVIRONMENTAL EDUCATION (AWGEE) KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KERAMAT, SELANGOR
   14.07.2024

Malaysia  menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Asean Working Group On Environmental Education (AWGEE) ke-15 pada 13- 14 Julai 2023 di Kuala Lumpur. Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Hjh. Mashitah binti Darus, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar Malaysia bersama dengan pihak ASEAN Secretariat (ASEC), ASEAN Member States (AMS), ASEAN Partners, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), LESTARI UKM dan warga JAS. Lawatan ini sebagai perkongsian pengalaman pelaksanaan Sekolah Lestari di Malaysia kepada semua delagasi AWGEE.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat, Selangor merupakan penerima Anugerah Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2020-2022 bagi kategori sekolah menengah. Program lawatan ini merupakan penanda aras bagi pelaksanaan Sekolah Lestari di Malaysia dalam memupuk nilai murni dan pembudayaan alam sekitar di kalangan warga sekolah. 

SLAAS telah bermula seawal tahun 2005 dan mempraktikkan lima (5) komponen dalam pembentukannya yang terdiri daripada pengurusan, kurikulum, kokurikulum, penghijauan dan elemen khas. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat antara JAS dan KPM serta rakan strategik iaitu Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM. Sambutan dan penyertaan sekolah-sekolah seluruh Malaysia terhadap program SLAAS adalah sangat memberangsangkan dan menunjukan peningkatan setiap tahun. 

Bil. Pelawat 676
Kemaskini : 2 Januari 2026
ATAS