BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
BENGKEL PANEL PENILAI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR SESI 2025/2026
   25.02.2026

25-26 Februari 2026, Putrajaya – Bengkel Panel Penilai SLAAS bagi Sesi 2025/2026 telah berjaya dilaksanakan di Putrajaya secara hybrid menghimpunkan barisan panel penilai daripada seluruh negara.


Bengkel ini menampilkan gabungan penyertaan secara fizikal oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari seluruh negara, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Insitut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM , serta penyertaan secara dalam talian oleh pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Puan Noraziah binti Jaafar, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya. Beliau turut menzahirkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama padu semua pihak dalam menjayakan program penting ini.

Objektif bengkel ini adalah  untuk memberikan penerangan dan latihan amali (hands-on) mengenai kaedah dan kriteria penilaian terhadap komponen-komponen SLAAS. Usaha ini adalah penting bagi memastikan proses penilaian Program SLAAS dapat dijalankan dengan lebih bersistem, telus, dan berintegriti. Bengkel ini turut dijadikan platform sebagai sesi perbincangan serta perkongsian pengalaman untuk memantapkan pemahaman para panel mengenai kaedah penilaian menerusi Sistem MySLAAS. 

Semoga komitmen dan kerjasama semua panel penilai akan terus memperkasakan pelaksanaan SLAAS dalam membudayakan amalan kelestarian alam sekitar di institusi pendidikan.


Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.


#SekolahLestariAnugerahAlamSekitar

 #AlamSekitarTanggungjawabBersama

#JabatanAlamSekitar

#NRES

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11+, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Safari dengan resolusi minimum 1280×768 piksel.
Bil. Pelawat 36,960
Kemaskini : 14 Julai 2026
ATAS