SELAMAT DATANG KE PORTAL DAN SISTEM PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR SEKOLAH LESTARI(SLAAS)

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

DYNAWEB4 sesuai digunakan untuk pembangunan portal dan aplikasi web dengan cepat dan mudah

BERITA TERKINI

Dapatkan berita terkini berkaitan dengan aktiviti SLAAS
HEBAHAN WEBINAR PROMOSI SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023/2024
   09.08.2023

Jabatan Alam Sekitar  (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) akan mengadakan  Webinar Promosi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Negeri Sembilan pada 9 Ogos  2023, Rabu jam 10.00 pagi hingga 12.30 petang.

Webinar ini bertujuan untuk mempromosikan program SLAAS sesi 2023/2024 kepada sekolah-sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Program SLAAS  telah dimulakan pada tahun 2005 dalam usaha membudayakan dan mewujudkan persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum, penghijauan dan elemen khas. Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar memberi peluang kepada mereka untuk mengamalkan, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.

Semua pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah, semua Guru (khasnya guru kelab alam sekitar sekolah) serta pelajar sekolah di seluruh Sekolah Rendah & Sekolah Menengah di Negeri Sembilan adalah dijemput untuk turut serta ke Webinar Promosi SLAAS Peringkat Negeri Sembilan ini.

Bil. Pelawat 676
Kemaskini : 2 Januari 2026
ATAS